pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets


Make your own Glitter Graphics


click to create your glitter text myspace comments

myspace comments

Latihan Pengukuhan

Latihan 1
Gariskan kata nama khas yang terdapat dalam ayat- ayat di bawah.
1. Nenek saya tinggal di Kampung Kepayang.
2. Kereta Proton Waja itu kepunyaan Pak Hassan.
3. Perlawanan bola sepak itu diadakan di Stadium Shah Alam.
4. “Negaraku” ialah lagu kebangsaan negara kita.
5. Chun Kit belajar computer pada setiap hari Sabtu.
6. Bangunan yang tertinggi di Kuala Lumpur ialah Menara Berkembar Petronas.


Latihan 2
Isikan tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai.

1. Siew Lee menggunakan……………………………… pada hari hujan.
2. Puan Aini memelihara beberapa ekor………………………………….
3. Bapa Hamid ialah seorang………………………………………………..
4. …………………………… dari Kuala Lumpur akan tiba pada pukul 9 pagi.
5. Pokok………………………………….. itu berbuah lebat.
6. Budak itu terjatuh ke dalam……………..

Kereta api kelawar longkang payung
juruterbang kantin rambutan ayam






Latihan 3
Gariskan kata adjektif yang sesuai berpandukan gambar.
1. Kucing peliharaan Nora sungguh ( comel, sayang ).
2. Pokok bunga itu ( segar, layu ) kerana tidak disiram air.
3. Pak Mat menternak ikan air ( masin, tawar ) di bekas lombong.
4. Suara penyanyi itu sungguh ( masam, merdu ).
5. Tayar basikal Wei Jie ( kempis , lebar ) kerana terkena paku.
6. Lori itu mengeluarkan asap ( hitam, kuning).




Latihan 4

CARI KATA GANTI NAMA DIRI DALAM KOTAK DI BAWAH.


W

S

P

Q

D

I

A

R

D

M

C

L
U

B

C

A

T

W

K

I

S

A

H

P
T

E

K

O

A

M

E

R

I

K

A

A
O

L

L

K

A

L

I

A

N

U

N

T
S

I

A

O

M

T

H

S

A

X

G

I
U

A

N

D

N

A

P

K

H

F

K

K
M

U

Y

H

Z

Y

G

I

J

A

A

Z
A

B

T

A

X

N

R

T

M

K

T

T
K

A

P

T

E

O

V

A

F

U

Y

V
J

T

H

E

V

A

R

A

M

W

Z

N
R

W

K

B

A

G

I

N

D

A

E

S

http://pkgseriampang.org/sal/bm_sr/sal_6/latihan1.htm
Posted by BAHASA MELAYU at 18:20 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: preview 5.
MORFOLOGI
JENIS AYAT

v Terdapat empat jenis ayat berdasarkan daya pengucapan atau intonasi dan tujuan ayat itu diucapkan.

Ayat Penyata
ü Ayat penyata diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan atau memberi keterangan mengenai sesuatu hal. Ia dikenali juga sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Contoh : Anita seorang gadis yang cantik.

Ayat Tanya

ü Ayat tanya digunakan untuk menyoal dan mendapatkan jawapan atau reaksi mengenai sesuatu perkara.
Contoh : Siapakah yang menyediakan makanan ini?

Ayat Perintah

ü Ayat perintah diucapkan dengan tujuan menimbulkan sesuatu tindakan. Ia boleh dikategorikan kepada empat:
a) Ayat suruhan. Contoh : Kamu bersihkan bilik ini sebelum pulang
b) Ayat larangan. Contoh : Jangan buang sampah di sini
c) Ayat silaan. Contoh : Sila datang ke rumah saya
d) Ayat permintaan. Contoh : Tolong belikan saya sehelai baju

Ayat Seruan

ü Ayat seruan diucapkan dengan nada atau intonasi untuk melahirkan sesuatu perasaan, sama ada takut, kagum, marah, gembira dan sebagainya. Tanda seru diletakkan pada akhir ayat seru.
Contoh : Amboi, cantiknya!
Aduh, sakitnya!